by Belia Johor

5 Ogos 2017 (Sabtu) Bazar Karat Jalan Segget Johor

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata konsep Johor Future membawa tiga pendekatan utama iaitu sukan, kecergasan dan kesukarelaan yang menjadi asas dan nilai ke arah masa depan yang lebih baik. “Kerajaan negeri ingin menzahirkan dan menyatakan bahawa kerjasama kita semua, yang kita boleh lihat, banyak perubahan, kemajuan serta pencapaian yang sedang kita lalui untuk negeri ini. “Dalam pencapaian ini, ia tidak memberi sebarang makna sekiranya tidak membabitkan mahupun memberi manfaat kepada golongan muda di Johor,” katanya. Beliau berkata demikian berucap merasmikan program Johor Future Sukarelawan Darul Ta’zim peringkat negeri di Bazar Karat Jalan Segget di sini, malam, semalam. Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan. Pada majlis itu, lebih 3,000 peserta menjayakan program berkenaan membabitkan acara larian sejauh lima kilometer (km), manakala berbasikal sejauh 21 km.

D3 D4 G5 S1 S2 S3 S22

Beliaadmin
About Beliaadmin
MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR Update By Beyondview