by Belia Johor

DENGAN MERDEKA BERSATU HATI
Majlis Belia Negeri Johor @ Mbn Johor

MERDEKA 60 2017

1. MBNJ memanjatkan syukur kehadrat Yang Maha Berkuasa atas nikmat KEMERDEKAAN yang telah dikurniakan kepada tanah air ini dan mentakdirkan kemakmuran, kesejahteraan dan ketenteraman kepada bumi dan rakyatnya.

2. 60 tahun adalah tempoh singkat andai dinisbah dgn segala kejayaan pengisian yang telah ditinta atas pemikiran dan ikhitiar pendiri-pendiri negara bangsa kita ini. Andai diiktibar bandingkan Malaysia dgn negara-negara terhampir yang lebih awal mengecapi kebebasan penjajahan, pencapaian Malaysia jauh memberangsangkan.

3. Generasi muda tidaklah harus melihat kemakmuran yang berdiri tersergam ini sebagai bulat yang bergolek atau pipih yang melayang. Pencapaian ini sememangnyalah dikurnia Tuhan atas segala usaha pimpinan negara dan setiap negeri yg tegar, faham dan bertekad untuk membangunkan negara selepas teruk dipijak penjajahan. Apakah tidak mampu generasi muda zahirkan syukur dan lafazkan trima kasih kpd kemerdekaan ini? Saya kira, kita wajar zahir dan lafazkannya. Memanglah mengisi kemerdekaan ini lebih sukar berbanding mencapainya, namun kita juga tidak mampu hadap kisaran penjajahan ratusan tahun bumi ini. Sejak Portugis, Inggeris, Jepun dan Inggeris semula, pada dada sejarah ditinta, ia adalah kepahitan sejuta bakawali. Kita mesti jaga MERDEKA ini.

4. Sebagaimna disebut oleh YAB. PM Najib; generasi mudalah penerus perjuangan mengisi kemerdekaan ini. Begitu juga YAB. MB Khaled menyatakan bahawa Orang Muda Johor (OMJ) harus cerdas fizikal dan bingkas mental untuk memastikan kemerdekaan ini terus menerus diwarisi dengan kejayaan, generasi ke generasi.

5. Sebagai Badan Induk Belia Johor, MBNJ senantiasa cuba memaksikan patriotisem dan semangat cinta negara dalam kalangan OMJ berada pada tahap maksima. OMJ wajar mengetahui falsafah negara bangsa Malaysia ini; dari Jalur Gemilang, lagu Negaraku, objek kebangsaan, Rukun Negara hinggalah Perlembagaan Negara. Tiada jalan singkat mencintai tanah air ini melainkan kita tahu dan faham sejarah dan sistem nilai yang mengisi dan memagari kemerdekaan ini.

6. Sebagai OMJ, secara peribadi saya menilai usaha leluhur pendiri bangsa sejak merdeka digalas baik zaman demi zaman, era demi era kepimpinan hinggalah masa kini. Benarlah bagai dikata, masa depan negara dan usia kemerdekaan tanah air ini amat bergantung kpd kesiagaan generasi muda dan bagi Negeri Johor, OMJ sememangnyalah mesti mempersiapkan diri fizikal, mental dan memanfaatkan setiap ruang peluang yg disedia dan dicipta untuk mereka agar mampu menggalas amanah kewatanan ini. Jatidiri mesti kukuh dan bahaduri mestilah dipateri sekuatnya, agar tintaan emas pd keping-keping nurani generasi muda negara dan OMJ, berdiri pada paksi ‘cinta pertiwi’ dan ‘taat setia Seri Paduka’.

7. Negara telah mencanting pelbagai pencapaian. Negara juga telah mencatat pelbagai cabaran. Moga slps usia 60 tahun ini, Malaysia akan terus diberi kekuatan dan ketahanan mendepani setiap cabaran luaran dan dalaman demi MERDEKA yang kita mahu lihat kekal dan kesejahteraan kemakmuran pengisian yang berterusan.

8. Wahai watan muda negara dan OMJ seluruhnya, raikanlah MERDEKA ini dgn penuh keinsafan dan kesyukuran. Tanamkan dlm raga jiwa kita bahawa segala sesuatu yang kita buat hari ini akan beri kesan kpd negara dan masa depan anak cucu cicit kita. Cintailah tanah air ini kerana Allah, dan sayangilah negara ini demi masa depan generasi kita.

9. Selalu kita diingatkan; “Jangan dah terhantuk, baru terngadah…”, “Menang sorak, kampung tergadai…”, “Marah nyamuk, kelambu dibakar…”, dalam soal MERDEKA tiada kompromi, tiada sayarat lain melainkan taat setia pada negara dan jangan khianati tanah air ini. Kita tidak mampu miliki lagi dalam kalangan kita; Si Kitol, Patih Karmawijaya dan Raja Mendaliar.

10. Nokhtahkanlah pengkhianatan dan mulakan perenggan taat setia. Negara ini tanggung jawab kita. Kitalah yang memastikan. Kepada kitalah amanah ini digalaskan. Ayuh OMJ, kita pelihara MERDEKA ini dengan segala makna dan maksud dgn naratif perjuangan dan peranan, mengisi dan menjagai MERDEKA MALAYSIA ini.

11. Sebab itulah, MBNJ memateri motto baharu pada laras juangnya dgn menyimpan ‘PERSEFAHAMAN TANGGA PERDAMAIAN’ kepada ‘DENGAN MERDEKA BERSATU HATI’ kerana melihat tanggung jawab menjagai MERDEKA itu semakin menjadi utama slps 65 tahun penubuhan MBNJ. Dan, motto ini dipetik dari bait-bait Lagu Bangsa Johor pada tiga (3) baris terakhir liriknya, sebelum ‘Allah Berkati Johor’ dan ‘Allah Selamatkan Sultan’.

12. Selamat Hari Merdeka 60 2017. Pesan Saterawan ini jadikanlah panduan;

“PAHLAWAN DAN TANAHAIR
Tongkat Warrant, 1958

Pahlawan sejati
dalam hatinya bernyanyi.
Tanahair dan bangsa
di mana terpaut cinta mulia.
Untukmu darah ini mengalir
padanya jasad ini cair.”

MBNJ mohon memanjatkan…untuk kita sama beriringan, patriotik dan setia, kepada bumi berjuta tuah; MALAYSIA DARUL SEJAHTERA.

Terima kasih. Wassalam.

#NegarakuMalaysia
#1Malaysia
#MuafakatJohor
#KitaSamaSama
#NGAM

Dengan Hormatnya,
SALAM KEMERDEKAAN

MANNDZRI HJ NASIB
Presiden
3q Ogos 2017IMG_8136 IMG_8151 IMG_8152 IMG_8153 IMG_81542017

Beliaadmin
About Beliaadmin
MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR Update By Beyondview