by Belia Johor

UCAPAN RAYA

DENGAN MERDEKA BERSATU HATI
Majlis Belia Negeri Johor @ Mbn Johor

AIDILFITRI 1438H

1. MBNJ mengambil kesempatan pada Jumaat terakhir bagi Ramadan 1438H ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh muslim dan muslimah muda (belia) seluruh negara umumnya dan JOHOR khasnya kerana diberi izin Tuhan bertemu dan menyempurnakan Ramadan dengan segala hak-hak ibadah yang ada padanya. Ada baki sehari lagi moga disempurnakan dengan cemerlang.

2. MBNJ dalam sepanjang Ramadan ini menggerak dan menyokong beberapa ikhtiar termasuk Kempen Jangan Membazir, menyantuni asnaf, ziarah-ziarah kasih, sahur, iftar, qiam dan pelbagai bentuk ibadah kifayah dan sunat atas ‘tagline’ #RoadToTaqwa.

3. Kesemua program dan pengisian ini adalah digerak oleh MBNJ sendiri dan juga bersama MBM & Gabungan MBNJ, pertubuhan akar umbi dan juga aktivis belia di negeri Johor. Paling manis adalah sokongan yang kita terima daripada pertubuhan dan aktivis belia dalam kalangan non-muslim; Cina dan India (Budha, Hindu, Kristian, Sikh dan lainnya). Dalam kesemua ibadah khusus yg dianjur laksana, penglibatan rakan non-muslim inilah pada saya yang paling ‘mahal’ dan amat beerti. Ukhuwah fillah.

4. Harapan saya, semoga kesantunan dan tarbiah yang diraih-laksana sepanjang Ramadan kali ini dapat diperpanjang teruskan kepada baki 11 bulan (Kalendar Hijrah) yg lain. Ia akan memaknai kita semua bahawa ikhlas, ehsan dan ukhuwah itu memberi sejahtera dalam sepanjang jalan juang kita bagi setiap bidang yg diusahai termasuklah gerakan belia berpersatuan (NGO) dan NGI secara peribadi.

5. Kepada rangkaian strategik sahabat MBNJ termasuk Pejabat Menteri Besar JOHOR, Pejabat EXCO-EXCO Kerajaan JOHOR, Jabatan Belia & Sukan JOHOR, jabatan-jabatan kerajaan, rakan NGO lain, korporat & swasta serta individu yang bersama gerakan belia JOHOR, kami dahului dengan penghargaan dan terima kasih.

6. Akhirnya, saya mewakili 166, 207 orang ahli persatuan belia berdaftar negeri JOHOR dan warga belia Bangsa JOHOR seluruhnya mengucapkan;

“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN”

serta menyampaikan nasihat dan pesan termasuk diri sendiri bahawa;

a) Jangan berbelanja boros / membazir
b) Jadilah pemandu berhemah; utamakan keselamatan
c) Semarakkan amalan berkunjungan ukhuwah
d) Kawal selera dan diet; kesihatan
e) Amal dan zahirkan; sopan dan susila

#UkhuwahFillah #KosongKosong
#TeamJOHOR #KitaSamaSama
#NGAM #1Belia1Persatuan

Sekian. Wassalam.

Salam Lebaran,
NYALARASA GENERASI ANAK MUDA MUAFAKAT

MANNDZRI HJ. NASIB
Presiden

| 28 Ramadan 1438H

Beliaadmin
About Beliaadmin
MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR Update By Beyondview