usahawan-1

Pusat Pembangunan Usahawan Johor Drul Ta'zim.

Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd ( PUJB ) adalah syarikat yang mengendalikan Pusat Pembangunan Usahawan Negeri Johor atau Entrepreneur Development Centre Of Johor ( EDC ). EDC memainkan peranan sebagai sebuah badan bagi memperkasakan lagi pembangunan usahawan di Negeri Johor sebagaimana fungsi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ( MECD ) terdahulu.

PUJB telah mewujudkan Pusat Pembangunan Usahawan Johor ( EDC ) yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan melalui Ringkasan Mesyuarat Bil 2180/2013.

ECD JOHOR-http://www.edcofjohor.org/

usahawan-2

Permohonan Bantuan Usahawan Belia Johor 2016 Online

Permohonan Bantuan Usahawan Belia Johor 2016 Online. Berita baik seperti dikongsikan dari Facebook MB Johor yang memaklumkan bahawa satu lagi inisiatif dibawah Agenda Keusahawanan Johor diteruskan pada tahun 2016 ini iaitu Permohonan Bantuan Usahawan Belia Johor 2016 Online. Bantuan ini meliputi 5 program bantuan buat belia-belia islam. Sasaran adalah untuk mewujudkan lebih banyak perniagaan dan juga mewujudkan lebih ramai umat Islam bekerja sendiri.

usahawan-3

Karnival Usahawan Belia 2015 | Bukit Jalil pada 2 - 4 OKT 2015

Aktiviti yang disediakan sepanjang 2 hari program berlangsung :
Persembahan artis dan penampilan istimewa selebriti tanah air yang turut sama memeriahkan #KUB2015 ini.

Di samping aktiviti lain seperti pencarian model, pertandingan fesyen, pertunjukan fesyen daripada pereka fesyen terkenal Malaysia, mini konsert, pertandingan futsal, petting zoo, soopa doopa dan bermacam2 lagi program yang menarik serta interaktif khas untuk pengunjung.

usahawan-4

Beri Ruang Kepada Perniagaan Berkenderaan – Latif

Setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah diarahkan untuk menyediakan ruang-ruang niaga yang sesuai bagi perniagaan berkonsepkan van bergerak atau seumpamanya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Abdul Latif Bandi berkata, Kerajaan Negeri komited dalam menggalakkan perniagaan berkenderaan dan akan memastikan setiap PBT menyelaraskan kawasan yang sesuai dan mencadangkan untuk mengadakan karnival membabitkan perniagaan van bergerak sebulan sekali.

“Apa yang kita lakukan ini sebagai langkah memudahkan setiap penjaja menjalankan perniagaan berkonsepkan van bergerak kerana Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan peniaga menjalankan perniagaan dalam bentuk yang baru.”